Weight & metabolic health
Semak BMI, ukuran risiko, tekanan darah, gula, kolesterol, fatty liver risk dan strategi turun berat yang lebih realistik.
Konsultasi kesihatan lelaki secara profesional dan sulit di Klinik Al-Fatih Johor. Fokus kepada pengurusan berat badan, rambut gugur, tahap tenaga, sakit lutut/sendi, pemeriksaan asas dan kesihatan pencegahan untuk lelaki dewasa.

Ramai lelaki menangguh pemeriksaan sehingga masalah berat badan, rambut gugur, sakit lutut, cepat letih atau tekanan kerja mula mengganggu fungsi harian. Halaman ini disusun untuk pesakit lelaki yang mahukan konsultasi GP yang mudah, profesional dan menjaga privasi.
Servis bergantung kepada penilaian doktor dan tidak menggantikan rawatan kecemasan atau specialist care jika diperlukan.
Semak BMI, ukuran risiko, tekanan darah, gula, kolesterol, fatty liver risk dan strategi turun berat yang lebih realistik.
Konsultasi rambut gugur, corak kebotakan lelaki, pilihan rawatan asas dan bila perlu pemeriksaan lanjut.
Pemeriksaan sakit lutut, sakit sendi, sakit bahu atau trigger finger. Suntikan lutut hanya jika sesuai selepas penilaian doktor.
Penilaian gaya hidup, tidur, stress kerja, berat badan, senaman dan faktor risiko yang menyebabkan cepat letih.
Pemeriksaan darah asas boleh dicadangkan mengikut umur, simptom, berat badan, sejarah keluarga dan risiko penyakit kronik.
Perbincangan profesional dan menjaga privasi untuk isu kesihatan lelaki yang sensitif.
WhatsApp ringkas. Team klinik akan bantu pilih doktor/cawangan yang sesuai.