Saringan Kesihatan Mental Johor Bahru & Skudai
Saringan awal kesihatan mental untuk depression, anxiety dan stress menggunakan DASS-21. Isi 21 soalan berdasarkan keadaan anda sepanjang minggu lepas dan dapat keputusan segera. Jika keputusan abnormal, sila berjumpa doktor untuk penilaian lanjut.
Isi DASS-21 dan dapat keputusan segera
Pilih jawapan 0 hingga 3 berdasarkan keadaan anda sepanjang minggu lepas. Keputusan ini bukan diagnosis, tetapi membantu menentukan sama ada anda perlu berbincang dengan doktor.
Bagaimana keputusan DASS-21 dibaca?
Skor DASS-21 dikira untuk tiga domain: Depression, Anxiety dan Stress. Setiap subskala dijumlahkan dan didarab dua sebelum kategori severity dipaparkan.
| Severity | Depression | Anxiety | Stress | Tindakan disarankan |
|---|---|---|---|---|
| Normal | 0–9 | 0–7 | 0–14 | Pantau keadaan dan jaga rutin tidur, makan, aktiviti dan sokongan sosial. |
| Mild | 10–13 | 8–9 | 15–18 | Berjumpa doktor jika simptom mengganggu kerja, hubungan atau tidur. |
| Moderate | 14–20 | 10–14 | 19–25 | Disarankan konsultasi doktor untuk penilaian lanjut. |
| Severe | 21–27 | 15–19 | 26–33 | Disarankan berjumpa doktor dengan segera. |
| Extremely Severe | 28+ | 20+ | 34+ | Dapatkan penilaian profesional dengan segera. |
Adakah DASS-21 diagnosis penyakit mental?
Tidak. DASS-21 ialah alat saringan laporan kendiri. Diagnosis memerlukan penilaian klinikal oleh doktor atau profesional kesihatan mental.
Apa maksud keputusan abnormal?
Abnormal bermaksud kategori Mild, Moderate, Severe atau Extremely Severe pada mana-mana domain. Ia bukan label penyakit, tetapi tanda anda perlu berbincang dengan doktor.
Bila perlu berjumpa doktor dengan segera?
Jika keputusan Severe atau Extremely Severe, simptom semakin teruk, gangguan tidur/kerja kuat, serangan panik berulang, atau anda rasa tidak selamat, dapatkan penilaian doktor dengan segera.
Nak bincang keputusan DASS-21?
Tekan WhatsApp selepas keputusan keluar. Mesej akan bawa skor depression, anxiety dan stress untuk rujukan awal klinik.
