Logo Klinik Al-Fatih Johor Klinik Al-Fatih JohorTrusted community and corporate partners
Kesihatan mental · Johor Bahru & Skudai

Bila fikiran terasa berat,
anda tak perlu meneka sendiri.

Stress, anxiety, low mood, gangguan tidur dan burnout boleh mempengaruhi kerja, hubungan dan fungsi harian. Mulakan dengan saringan yang tersusun, kemudian bincangkan simptom dengan doktor jika anda perlukan penilaian lanjut.

✓ Saringan DASS-21 ✓ Konsultasi profesional ✓ Privasi pesakit ✓ GP assessment & referral bila perlu
Konsultasi kesihatan mental secara profesional di Klinik Al-Fatih Johor
Ruang untuk berbincang.Penilaian bermula dengan memahami apa yang anda alami — bukan terus meletakkan label.
Kenali corak simptom

Apa yang mungkin anda sedang alami?

Simptom boleh bertindih dan setiap orang mengalaminya secara berbeza. Card di bawah bukan diagnosis — ia sekadar membantu anda mengenal pasti apa yang patut dibincangkan.

01

Stress

Sukar relaks, rasa tegang atau cepat rasa terbeban.

02

Anxiety

Rasa risau, berdebar, takut atau sukar menenangkan fikiran.

03

Low mood

Mood rendah, kurang minat atau rasa sukar menikmati perkara biasa.

04

Tidur

Sukar tidur, tidur tak lena atau bangun masih penat.

05

Burnout

Keletihan emosi, hilang motivasi atau rasa kerja terlalu berat.

06

Panic

Episod takut kuat, sesak atau rasa hilang kawalan secara tiba-tiba.

07

Tumpuan

Fikiran berserabut atau sukar fokus pada kerja dan rutin harian.

08

Mudah marah

Lebih sensitif, mudah tersinggung atau cepat hilang sabar.

Saringan kendiri

DASS-21: lihat corak Depression, Anxiety & Stress.

DASS-21 ialah alat saringan laporan kendiri. Ia membantu mengukur tahap simptom sepanjang minggu lepas, tetapi bukan diagnosis dan tidak menggantikan penilaian klinikal.

Saringan, bukan diagnosis.Keputusan perlu dilihat bersama simptom, tempoh masalah dan tahap gangguan fungsi harian.
Saringan DASS-21

21 soalan. Tiga domain. Satu gambaran awal.

Pilih jawapan 0 hingga 3 berdasarkan keadaan anda sepanjang minggu lepas. Keputusan ini bukan diagnosis, tetapi membantu menentukan sama ada anda perlu berbincang dengan doktor.

1Saya sukar untuk bertenang.
2Saya menyedari mulut saya terasa kering.
3Saya seolah-olah tidak dapat merasai perasaan positif.
4Saya mengalami kesukaran bernafas seperti nafas pendek atau terlalu laju tanpa sebab fizikal yang jelas.
5Saya sukar untuk memulakan sesuatu tugasan atau aktiviti.
6Saya cenderung bertindak berlebihan terhadap sesuatu keadaan.
7Saya mengalami getaran pada tangan atau tubuh.
8Saya rasa saya menggunakan banyak tenaga saraf.
9Saya bimbang tentang situasi yang boleh menyebabkan saya panik atau memalukan diri.
10Saya rasa tiada apa yang boleh diharapkan.
11Saya mudah gelisah.
12Saya sukar untuk relaks.
13Saya rasa sedih atau murung.
14Saya tidak sabar apabila sesuatu melambatkan saya.
15Saya terasa hampir panik.
16Saya tidak bersemangat terhadap apa-apa.
17Saya rasa diri saya tidak bernilai.
18Saya mudah tersentuh atau cepat marah.
19Saya menyedari degupan jantung atau pernafasan cepat tanpa aktiviti fizikal.
20Saya rasa takut tanpa sebab yang jelas.
21Saya rasa hidup ini tidak bermakna.
Keputusan akan dipaparkan selepas anda menjawab semua 21 soalan.
Bincang keputusan dengan klinik
Konsultasi doktor

Apa berlaku semasa konsultasi?

Fokusnya bukan hanya pada skor. Doktor melihat simptom dalam konteks kehidupan dan kesihatan anda secara keseluruhan.

01

Cerita apa yang berlaku

Doktor akan dengar simptom, bila ia bermula dan bagaimana ia mempengaruhi hidup harian.

02

Lihat konteks keseluruhan

Tidur, kerja, hubungan, ubat, kafein, penyakit fizikal dan tekanan semasa membantu memberi gambaran yang lebih tepat.

03

Penilaian & langkah seterusnya

Doktor akan bincangkan pilihan yang sesuai, termasuk pemantauan, rawatan primer atau referral jika diperlukan.

04

Susulan bila perlu

Perubahan simptom dan fungsi harian boleh dipantau supaya plan rawatan tidak berhenti pada satu lawatan sahaja.

Mind + body

Kesihatan fizikal juga boleh mempengaruhi emosi.

Tidur yang tidak cukup, pengambilan kafein, ubat tertentu, penyakit kronik, perubahan hormon atau masalah kesihatan fizikal lain boleh muncul bersama simptom emosi. Sebab itu penilaian GP boleh membantu melihat gambaran yang lebih luas.

Tidur & rutinUbat & suplemenKafein / stimulantPenyakit kronikKerja & tekananHubungan & sokongan
Privasi & kerahsiaan

Perbualan kesihatan anda dikendalikan secara profesional.

Maklumat klinikal dikendalikan dengan privasi pesakit. Dalam keadaan keselamatan yang serius, doktor mungkin perlu mengambil langkah sewajarnya untuk melindungi anda atau orang lain.

Corporate wellbeing

Untuk organisasi & tempat kerja

Perbincangan psikososial, workplace wellbeing dan program saringan boleh disusun untuk organisasi tanpa menjadikan mental health sebagai sekadar KPI.

Lihat Corporate Health →
Jika anda rasa tidak selamat

Jangan tunggu keputusan saringan.

Jika anda mempunyai fikiran untuk mencederakan diri, berisiko mencederakan orang lain atau berada dalam krisis emosi yang kuat, dapatkan bantuan segera.

Soalan lazim

Soalan yang biasa ditanya sebelum datang.

Adakah DASS-21 boleh mendiagnosis depression atau anxiety?+

Tidak. DASS-21 ialah alat saringan laporan kendiri. Diagnosis memerlukan penilaian klinikal.

Bila patut berjumpa doktor?+

Jika simptom berpanjangan, semakin berat, mengganggu kerja, tidur, hubungan atau fungsi harian, penilaian profesional adalah langkah yang munasabah.

Boleh datang walaupun skor DASS-21 normal?+

Boleh. Skor normal tidak menafikan pengalaman anda. Jika anda tetap risau atau fungsi harian terjejas, berbincang dengan doktor.

Adakah klinik ini perkhidmatan psikiatri?+

Ini ialah penilaian di peringkat klinik primer. Doktor boleh membuat penilaian awal dan mengatur referral kepada perkhidmatan kesihatan mental yang sesuai apabila diperlukan.

Temujanji WhatsApp Lokasi