Logo Klinik Al-Fatih Johor Klinik Al-Fatih JohorTrusted community and corporate partners
Skim Perubatan MADANI · ProtectHealth

Rawatan sakit ringan
lebih mudah untuk penerima STR yang layak.

Fahami siapa yang layak, berapa had manfaat, berapa had satu lawatan dan cara menggunakan Skim Perubatan MADANI di klinik GP berdaftar. Page ini juga menerangkan perbezaan dengan PeKa B40 untuk saringan kesihatan percuma.

✓ Semak kelayakan dahulu✓ Bawa MyKad✓ Acute primary care✓ Baki ditolak selepas lawatan
Had manfaat semasa
Isi rumahRM250
Warga emas tanpa pasanganRM125
BujangRM75
Maksimum kerajaan bagi satu lawatansehingga RM170Tertakluk baki manfaat, skop rawatan dan fee schedule ProtectHealth semasa.
Siapa layak & berapa manfaat?

Tiga kategori, tiga had manfaat kumulatif.

Kelayakan adalah automatik untuk penerima STR yang memenuhi kategori program, tetapi perlu disahkan melalui sistem semasa dan penerima perlu membuat pengisytiharan bahawa mereka tidak menerima manfaat serupa daripada skim lain yang dinyatakan ProtectHealth.

Isi rumahRM250

Had manfaat kumulatif semasa untuk isi rumah penerima STR yang layak.

Warga emas tanpa pasanganRM125

Untuk penerima STR berumur 60 tahun dan ke atas tanpa pasangan.

BujangRM75

Bujang 21–59 tahun; bujang OKU 19–59 tahun, tertakluk kelayakan semasa.

Penting:Angka di atas ialah had manfaat semasa yang dipaparkan ProtectHealth dan boleh berubah mengikut polisi program. Semak kelayakan dan baki sebenar sebelum rawatan.
Berapa satu visit?

Satu lawatan boleh dibayar sehingga RM170 — bukan bermaksud setiap pesakit akan menggunakan RM170.

Jumlah sebenar bergantung kepada apa yang doktor perlu lakukan pada lawatan itu, baki manfaat penerima dan fee schedule semasa. Setiap komponen mempunyai had tersendiri.

RM70

Konsultasi + ubat

Had gabungan konsultasi dan ubat-ubatan bagi lawatan yang layak.

RM35

Konsultasi sahaja

Jika lawatan hanya memerlukan konsultasi.

RM50

Ujian

Untuk ujian yang berada dalam skop dan fee schedule semasa.

RM50

Prosedur

Untuk prosedur rawatan yang dibenarkan di bawah skim.

Contoh maksimum kombinasiConsultation + medicine RM70 · Tests RM50 · Procedures RM50 = sehingga RM170
Cara penggunaan

Dari semak kelayakan sampai semak baki.

Flow ini memudahkan anda tahu apa yang perlu dibuat sebelum, semasa dan selepas lawatan.

01

Semak kelayakan

Semak melalui laman rasmi ProtectHealth, MySejahtera atau sistem semasa sebelum hadir.

02

Pilih klinik berdaftar

Hanya klinik GP yang berdaftar dengan Skim Perubatan MADANI boleh memberikan rawatan di bawah skim.

03

Bawa MyKad

Klinik menggunakan dokumen pengenalan untuk mengesahkan kelayakan dan baki manfaat.

04

Doktor menilai simptom

Skim adalah untuk acute primary care. Doktor akan menentukan rawatan, ujian atau prosedur yang sesuai.

05

Semak baki selepas lawatan

Baki manfaat ditolak berdasarkan tuntutan yang diluluskan dan boleh disemak melalui klinik/SMS/ProtectHealth.

Apa yang biasanya berada dalam skop?

Untuk sakit akut dan masalah primer yang ringan.

Skim Perubatan MADANI memberi fokus kepada Acute Primary Care Services. Diagnosis dan kesesuaian rawatan tetap ditentukan doktor.

Batuk dan selesema

Rawatan akut primer untuk simptom saluran pernafasan yang sesuai.

Cirit-birit & muntah

Penilaian dehidrasi, simptom dan rawatan asas mengikut kesesuaian klinikal.

Terseliuh & strain

Penilaian kecederaan ringan dan rawatan primer yang dibenarkan.

Sakit kepala

Penilaian simptom biasa; red flag akan dinilai dan dirujuk jika perlu.

Luka ringan

Trauma superfisial dan penjagaan luka ringan yang termasuk dalam skop semasa.

Sakit akut lain

Tertakluk diagnosis, baki manfaat dan senarai perkhidmatan ProtectHealth semasa.

Tidak termasuk

Bukan semua servis klinik boleh dituntut melalui SPM.

Ini penting supaya pesakit tidak datang dengan jangkaan yang salah.

  • Routine vaccination
  • Health screening / medical check-up rutin
  • Routine NCD follow-up seperti diabetes atau darah tinggi
  • Routine perinatal / antenatal follow-up
  • Family planning rutin
  • Rehabilitation
  • Permintaan ubat tanpa konsultasi doktor
  • Permintaan supplement tanpa konsultasi
Johor Bahru · Skudai · Kulai

Cari dari Kulai? Semak daerah dan klinik panel rasmi dahulu.

Senarai rasmi semasa ProtectHealth menamakan Johor Bahru sebagai daerah Skim Perubatan MADANI di Johor. Kulai tidak disenaraikan sebagai daerah SPM semasa. Jika anda tinggal di Kulai, Senai atau kawasan berdekatan, semak kelayakan dan clinic finder rasmi sebelum bergerak kerana kawasan pelaksanaan boleh berubah.

Skudai / Johor Bahru

Semak sama ada klinik yang anda mahu kunjungi sedang berdaftar dan menerima SPM.

Semak clinic finder rasmi ↗Kulai / Senai

Gunakan carian rasmi untuk memastikan daerah dan klinik yang layak pada tarikh lawatan.

Jangan keliru

Skim Perubatan MADANI ≠ PeKa B40

SPM membantu membayar rawatan acute primary care. PeKa B40 pula memberi Saringan Kesihatan Percuma kepada penerima yang layak berumur 40 tahun dan ke atas.

PeKa B40 · Saringan Kesihatan Percuma

40 tahun dan ke atas? Jangan tunggu sampai ada simptom.

Untuk 2026, ProtectHealth menyatakan penerima STR atau pasangan berdaftar kepada penerima STR yang berumur 40 tahun dan ke atas boleh hadir jika layak. Kelayakan penerima PeKa B40 adalah automatik dan tiada pendaftaran berasingan diperlukan.

✓ Tidak perlu berpuasa✓ Bawa MyKad✓ Darah & urine✓ Pemeriksaan doktor✓ Saringan mental✓ Tiada bayaran untuk pakej saringan

PeKa B40 tidak menanggung kos rawatan atau ubat di klinik swasta selepas screening; jika rawatan diperlukan, susulan dibuat mengikut laluan yang sesuai.

01

Semak kelayakan

Penerima STR 2026 atau pasangan berdaftar yang berumur 40 tahun dan ke atas boleh menyemak kelayakan PeKa B40.

02

Cari klinik PeKa B40

Pergi ke klinik swasta yang berdaftar dengan PeKa B40 dan bawa MyKad.

03

Saringan pertama

Sejarah kesihatan, pemeriksaan fizikal, saringan mental, darah dan urine dibuat tanpa bayaran.

04

Lawatan keputusan

Datang semula untuk keputusan makmal dan tindakan susulan atau rujukan jika diperlukan.

Baki manfaat

Bagaimana semak baki selepas rawatan?

ProtectHealth menyatakan baki boleh diketahui melalui SMS selepas lawatan, disemak melalui klinik semasa lawatan, atau melalui talian ProtectHealth.

01SMS selepas lawatan
02Semak melalui klinik
03Hubungi ProtectHealth
03-8687 2525
Soalan lazim

Soalan yang selalu ditanya sebelum datang.

Maklumat skim boleh berubah. Untuk keputusan lawatan sebenar, sistem ProtectHealth dan status klinik panel pada hari lawatan adalah rujukan utama.

Siapa layak Skim Perubatan MADANI?+

Penerima STR yang layak dalam kategori isi rumah, warga emas tanpa pasangan dan bujang. Kelayakan akhir perlu disahkan melalui sistem ProtectHealth semasa.

Berapa had manfaat?+

Had manfaat kumulatif semasa yang dipaparkan ProtectHealth ialah RM250 untuk isi rumah, RM125 untuk warga emas tanpa pasangan dan RM75 untuk bujang. Had ini tertakluk kepada polisi program semasa.

Berapa maksimum satu lawatan?+

Had maksimum bayaran kerajaan bagi satu lawatan boleh mencecah sehingga RM170 berdasarkan kombinasi konsultasi/ubat, ujian dan prosedur yang layak serta baki manfaat anda.

Boleh tambah duit jika kos melebihi had lawatan?+

ProtectHealth menyatakan klinik tidak dibenarkan mengenakan caj tambahan kepada penerima bagi rawatan, prosedur dan ubat yang diberikan di bawah Skim Perubatan MADANI.

Boleh guna untuk medical check-up?+

Tidak. Health screening rutin tidak termasuk dalam Skim Perubatan MADANI. Untuk penerima yang layak berumur 40 tahun ke atas, PeKa B40 menyediakan saringan kesihatan percuma melalui klinik PeKa B40 berdaftar.

Boleh guna untuk follow-up diabetes atau darah tinggi?+

Routine NCD follow-up tidak termasuk dalam SPM. Jika anda ada simptom akut, doktor akan menilai sama ada lawatan tersebut berada dalam skop skim.

Saya tinggal di Kulai. Boleh guna SPM?+

Senarai rasmi semasa menamakan Johor Bahru sebagai daerah SPM di Johor, bukan Kulai. Penduduk Kulai perlu semak clinic finder dan kelayakan rasmi kerana kawasan pelaksanaan boleh berubah.

Apa beza SPM dengan PeKa B40?+

SPM membiayai rawatan acute primary care untuk penerima STR yang layak di daerah terpilih. PeKa B40 pula memberi saringan kesihatan percuma kepada penerima yang layak berumur 40 tahun ke atas di klinik PeKa B40 berdaftar.

Sumber rasmi

Semak maklumat terkini terus daripada ProtectHealth.

Page ini menerangkan skim dalam bahasa mudah. Polisi, lokasi, baki dan fee schedule sebenar sentiasa tertakluk kepada ProtectHealth.

Temujanji WhatsApp Lokasi