Kerja banyak duduk
Aktiviti harian yang rendah boleh mengurangkan penggunaan tenaga dan memudahkan lebihan kalori terkumpul dari masa ke masa.
Berat badan dipengaruhi metabolisme, pemakanan, pergerakan, tidur, genetik, persekitaran dan keadaan kesihatan. Program yang baik bermula dengan memahami faktor ini sebelum menentukan sasaran dan rawatan.
Obesiti kini dianggap penyakit kronik dan relapsing yang dipengaruhi interaksi genetik, neurobiologi, tingkah laku makan dan persekitaran. Ia bukan semata-mata isu “kurang disiplin”.
Corak risiko berbeza antara individu. Kehadiran satu faktor tidak bermaksud seseorang pasti mengalami obesity, tetapi ia boleh membantu menentukan apa yang perlu dinilai.
Aktiviti harian yang rendah boleh mengurangkan penggunaan tenaga dan memudahkan lebihan kalori terkumpul dari masa ke masa.
Genetik, corak pemakanan keluarga dan risiko diabetes atau obesiti dalam keluarga boleh mempengaruhi kecenderungan berat naik.
Insulin resistance, gula tinggi dan perubahan metabolik sering bergerak bersama peningkatan berat dan visceral fat.
Sesetengah wanita dengan PCOS mempunyai insulin resistance dan lebih sukar mengawal berat, walaupun setiap kes berbeza.
Kurang tidur, jadual tidur tidak konsisten dan obstructive sleep apnoea boleh mengganggu selera, tenaga dan kemampuan untuk kekal aktif.
Turun-naik berat melalui diet terlalu ketat boleh menyukarkan pelan jangka panjang dan memerlukan strategi yang lebih sustainable.
Klik setiap faktor untuk memahami bagaimana ia boleh menyumbang.
Pengambilan tenaga yang berterusan melebihi penggunaan tenaga adalah asas kepada penambahan berat, tetapi sebab di sebalik corak itu boleh kompleks.
Minuman manis, makanan energy-dense, portion besar dan corak makan tidak teratur boleh menyumbang tanpa disedari.
Kerja sedentary, kurang berjalan dan kurang latihan kekuatan mengurangkan jumlah pergerakan harian.
Tidur tidak cukup dan stres berpanjangan boleh mempengaruhi appetite regulation, mood, craving dan consistency.
Sesetengah ubat dan keadaan seperti hypothyroidism atau gangguan endokrin tertentu boleh menyumbang dan perlu dinilai apabila sesuai.
Obesiti ialah penyakit kronik multifactorial; genetik, biologi, persekitaran makanan dan faktor sosial semuanya boleh memainkan peranan.
Tiada satu diet atau satu ubat yang sesuai untuk semua orang. Pelan perlu seimbang antara perubahan lifestyle, kesihatan metabolik dan rawatan yang diperlukan.
Fokus pada portion yang realistik, protein yang mencukupi, lebih sayur dan buah, whole grains atau sumber karbohidrat yang sesuai, serta kurangkan minuman bergula dan makanan ultra-processed.
Gabungkan pergerakan harian, walking, aerobic activity dan latihan kekuatan secara berperingkat mengikut tahap kecergasan serta kesihatan sendi.
Tidur yang konsisten dan berkualiti membantu tenaga, mood dan kawalan selera. Berdengkur kuat atau mengantuk siang perlu dinilai jika ada kemungkinan sleep apnoea.
Berat hanyalah satu ukuran. Tekanan darah, ukuran pinggang, gula, HbA1c, lipid dan risiko fatty liver boleh memberi gambaran kesihatan yang lebih lengkap.
Target yang realistik, perubahan kecil tetapi konsisten, dan follow-up berkala biasanya lebih berguna daripada diet ekstrem yang sukar dipertahankan.
Diet yang terlalu ketat mungkin menghasilkan perubahan cepat tetapi sukar dikekalkan. Fokus yang lebih berguna ialah calorie deficit yang munasabah, protein dan fibre yang mencukupi, portion yang sesuai dan corak pemakanan yang boleh hidup bersama rutin harian anda.
Tidur pula mempengaruhi tenaga, mood, selera dan consistency. Jika seseorang berdengkur kuat, kerap terjaga atau mengantuk berlebihan pada siang hari, doktor mungkin mempertimbangkan penilaian sleep apnoea.
BMI berguna sebagai screening tool tetapi keputusan klinikal tidak sepatutnya bergantung pada BMI sahaja. Central obesity, blood pressure, metabolic markers, ubat dan simptom juga penting.
Gunakan kalkulator BMI ini untuk anggaran awal sebelum konsultasi program berat badan di Klinik Al-Fatih Johor. Untuk populasi Asia, risiko kesihatan seperti diabetes, darah tinggi dan fatty liver boleh meningkat pada bacaan BMI yang lebih rendah berbanding cut-off umum.
| BMI | Bacaan Asian | Maksud ringkas |
|---|---|---|
| < 18.5 | Kurang berat | Perlu semak pemakanan, kesihatan umum dan punca turun berat jika tidak dirancang. |
| 18.5 – 22.9 | Normal / optimal | Teruskan pemakanan seimbang, aktiviti fizikal dan pantau ukuran pinggang. |
| 23.0 – 27.4 | Pre-obese / overweight | Risiko meningkat. Sesuai untuk semak komposisi badan, visceral fat, gula, kolesterol dan strategi turun berat. |
| 27.5 – 32.4 | Obese I | Risiko tinggi. Disarankan untuk konsultasi program berat badan dengan segera bagi semakan doktor, ujian asas dan pelan rawatan yang sesuai. |
| 32.5 – 37.4 | Obese II | Risiko sangat tinggi. Sangat disarankan konsultasi program berat badan dengan segera serta semakan komplikasi seperti diabetes, darah tinggi, fatty liver, OSA dan sakit sendi. |
| ≥ 37.5 | Obese III | Risiko sangat tinggi / ekstrem. Disarankan konsultasi program berat badan dengan segera untuk penilaian doktor dan pelan rawatan menyeluruh. |
Nota: BMI ialah alat saringan, bukan diagnosis lengkap. Doktor masih perlu menilai sejarah kesihatan, ubat semasa, ukuran pinggang, komposisi badan dan ujian darah jika perlu.
Rawatan bergantung pada BMI, waist circumference, komorbiditi, usaha lifestyle terdahulu, ubat semasa, preference dan keselamatan individu.
Pemakanan, aktiviti fizikal, tidur dan behavioural strategy ialah asas program walaupun ubat dipertimbangkan.
Doktor menilai diabetes, hypertension, dyslipidaemia, fatty liver, sleep apnoea, ubat semasa dan komorbiditi yang boleh mempengaruhi pelan.
Berat, ukuran, toleransi rawatan, kesan sampingan, pemakanan dan adherence dipantau dari semasa ke semasa.
Ubat preskripsi seperti terapi GLP-1 atau GLP-1/GIP boleh dipertimbangkan untuk pesakit terpilih berdasarkan indikasi, risiko dan manfaat semasa.
Terapi seperti semaglutide atau tirzepatide boleh dipertimbangkan untuk pesakit terpilih mengikut indikasi semasa, product availability dan penilaian klinikal. Ubat ini digunakan bersama pemakanan dan aktiviti, bukan menggantikannya.
Obesity boleh mempengaruhi reproductive health pada lelaki dan wanita. Pada wanita, ia dikaitkan dengan ovulatory dysfunction; bagi wanita dengan obesity yang anovulatory, weight-loss intervention boleh membantu ovulation dan peluang unassisted conception. Lelaki dengan obesity juga boleh mempunyai gangguan reproductive function.
Namun, weight loss tidak menjamin kehamilan dan bukti tidak menunjukkan peningkatan live-birth outcome untuk semua pasangan atau semua fertility treatment.
Jumlah tenaga, portion tersembunyi, minuman, aktiviti harian, tidur, stres, ubat dan faktor metabolik semuanya boleh mempengaruhi. Food diary atau structured review kadang-kadang membantu mengenal pasti pola sebenar.
Tidak semestinya. Pelan pemakanan yang baik lebih bergantung pada jumlah tenaga, portion, kualiti makanan dan kemampuan untuk konsisten. Karbohidrat boleh dimasukkan mengikut keperluan individu.
Tidak. Ubat hanya dipertimbangkan jika sesuai secara klinikal. Lifestyle intervention dan pemantauan metabolic health tetap menjadi asas pengurusan berat badan.
Ya. Tidur yang tidak mencukupi atau tidak berkualiti boleh menjejaskan selera, mood, tenaga dan keupayaan untuk konsisten dengan pemakanan serta aktiviti.
Bagi sesetengah wanita dengan obesity dan anovulation, penurunan berat boleh membantu ovulasi dan peluang conception tanpa rawatan kesuburan. Namun ia bukan jaminan kehamilan dan tidak meningkatkan semua fertility outcomes dalam setiap kumpulan.
Untuk weight reduction, prescribing information semaglutide menyarankan penghentian sekurang-kurangnya 2 bulan sebelum planned pregnancy. Pelan TTC perlu dibincang dengan doktor sebelum memulakan atau meneruskan ubat.
Tirzepatide tidak digunakan untuk weight loss semasa kehamilan dan perlu dihentikan apabila kehamilan dikenal pasti. Jika merancang TTC, bincang dahulu dengan doktor supaya timing dan alternatif rawatan boleh dirancang dengan selamat.
Content ini disusun menggunakan rujukan semasa termasuk WHO mengenai obesity, NHMS 2023 Malaysia, ASRM mengenai obesity & reproduction, dan prescribing information semaglutide/tirzepatide. Maklumat web ini untuk pendidikan dan tidak menggantikan penilaian individu.
Program tersedia di Klinik Teratai Al-Fatih, Skudai dan Klinik Tropika Al-Fatih, Setia Tropika, tertakluk kepada jadual doktor dan kesesuaian rawatan.